mah header

Tentang Ma'had

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
1.Pemohon seorang yang beragama Islam.

2.Pemohon hendaklah tidak berumur kurang dari 11 tahun dan tidak melebihi 14 tahun pada tahun 2010.

3.Pemohon tidak mempunyai sebarang rekod jenayah/polis.

4.Pemohon mestilah mempunyai kemahiran menulis, mengira, membaca dan mengaji.

5.Ibu bapa/waris pemohon bersetuju dan patuh dengan segala peraturan dan tindakan oleh pihak ma’had terhadap anak-anak mereka dalam mendidik anak-anak mereka sekiranya diterima masuk oleh pihak ma’had.

6.Pemohon wajib menghadiri temuduga seperti yang telah ditetapkan oleh pihak ma’had. Pemohon akan diuji dengan beberapa kemahiran iaitu :
-Menulis (jawi dan rumi)
-Mengira
-Membaca (rumi, jawi dan Al-Quran)
-Amali solat

7.Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dibawa sewaktu temuduga beserta salinan sijil berhenti sekolah (mesti), salinan keputusan peperiksaan umum (jika ada), salinan sijil beranak (mesti) dan salinan kad pengenalan (jika ada).

**Borang permohonan boleh didapatkan di Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah setelah iklan penganbilan dikeluarkan.
**Sebarang pertanyaan bolehlah terus berjumpa dengan Mudir Hal Ehwal Pelajar atau Mudir hal Ehwal Akademik Ma'had atau pun menghubungi mereka di talian:

- USTAZ HJ SUBRI HJ ARSHAD 019 4296690

SUKATAN PELAJARAN DAN KURIKULUM BAGI PENUNTUT LELAKI MA'HAD AD-DA'WAH AL-ISLAMIYYAH

Tempoh pengajian yang dirancangkan adalah selama empat tahun dengan izin Allah.

1. Tiga tahun pertama di khususkan bagi menghafal Al-Quran keseluruhannya beserta tajwid dan hafalan yang baik, di samping mempelajari beberapa ilmu sebagai pengisian dan pelengkap bagi melahirkan para huffaz yang bukan hanya menghafal Al-Quran tetapi dalam waktu yang sama adalah seorang da'i (pendakwah) kepada Allah Ta'ala berlandaskan dan berpandukan ilmu yang benar lagi tulen.

2. Tahun keempat lebih diberi perhatian kepada 'ulom ad-diniyyah seperti fikah, tauhid, bahasa arab,'ulom Al-Quran, sejarah dan lain-lain lagi, dalam pada itu pengulangan Al-Quran yang telah dihafal juga dititik beratkan bagi melatih pelajar-pelajar supaya sentiasa memelihara Al-Quran tersebut setelah mereka tamat pengajian, kerana Al-Quran itu lebih mudah terlucut dari ingatan dari seekor unta yang terlepas dari ikatannya.(mafhum hadis).

3. Mata pelajaran yang diajar disamping hafalan al-Quran ialah:
1. Fiqah
2. Tafsir
3. Tauhid
4. Hadith
5. Tasauwuf
6. Tajwid
7. Nahu
8. Sorof
9. Sirah
10. Ilmu al-Quran
11. Usul fikah
12. Mustolah Hadith
13. Bahasa Arab
14. Bahasa Malaysia
Buku-buku teks jawi digunakan pada permulaannya dan kemudian digunakan kitab-kitab berbahasa Arab yang klasik dan terkini. Pelajaran-pelajaran diatas akan ditetapkan mengikut kelas dan tahun yang bersesuaian sepanjang empat tahun pengajian di Ma'had.

4. Pelajar juga dilatih untuk mengimami solat, azan , berdakwah dan juga berkhutbah.
* Tertakluk pada sebarang pindaan dari pihak Ma'had

SUKATAN PELAJARAN DAN KURIKULUM BAGI PENUNTUT PEREMPUAN MA'HAD AD-DA'WAH AL-ISLAMIYYAH
Tempoh pengajian yang dirancangkan adalah selama empat tahun dengan izin Allah.

1. Sepanjang tempoh pengajian pelajar akan menghafal juz 'amma dan beberapa surah terpilih, seperti Yasin, Al-Mulk, As-Sajdah, An-nur dan lain-lain dengan bacaan yang bertajwid dan bertartil sepertimana yang turun kepada Rasulullah S.A.W atau mirip padanya.

2. Mata pelajaran yang diajar disamping hafalan al-Quran ialah:
1. Fiqah
2. Tafsir
3. Tauhid
4. Hadith
5. Tasauwuf
6. Tajwid
7. Nahu
8. Sorof
9. Sirah
10. Ilmu al-Quran
11. Usul fikah
12. Mustolah Hadith
13. Bahasa Arab
14. Bahasa Malaysia
15. Pendidikan

Buku-buku teks jawi digunakan pada permulaannya dan kemudian digunakan kitab-kitab berbahasa Arab yang klasik dan terkini. Pelajaran-pelajaran diatas akan ditetapkan mengikut kelas dan tahun yang bersesuaian sepanjang empat tahun pengajian di Ma'had

3. Pelajar juga dilatih dengan beberapa kemahiran, seperti menjahit, memasak dan lain-lain.
* Tertakluk pada sebarang pindaan dari pihak Ma'had

:: Hubungi Kami ::

Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah
441, Padang Menora 13310
Tasek Gelugor, S.Perai Utara, P.Pinang
Tel : 04-5731062, 019-4123590 (Iman),
019-4152244 (Ust Zainab),
019-5154971 (Ust Nur),
013-4582199 (Ust Umar)
Email info@mahadaddawah.com
Emel : nurulimansubri@yahoo.com

:: Berita Terkini ::

:: Kata-kata Hj Subri ::

  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita